January 13, 2011

pernah rasa frust?


Frust dalam erti kata lain kecewa. Apa itu kecewa,kecewa yang dimaksudkan adalah sifat atau perasaan yang dialami oleh seseorang yang apabila dia menharapkan sesuatu atau mempunyai pemikiran terhadap sesuatu perkara dan ia tidak sepeti yang diharapkan, makan ia dipanggil kecewa.

Kenapa saya nak cerita pasal kecewa? actually benda ni bukan lah sesuatu perkara yang besar, tapi saya dah lama tak rasa kecewa. Dan tadi saya baru merasainya. Mcm mana perasaan kecewa?

Saya mengalami perasaan yang bercampur baur untuk melakukan sesuatu perbuatan. Saya juga mengalami satu perasaan dimana saya sendiri takut jika ada satu perkataan yang saya keluarkan akan menyebabkan rakan saya akan tersinggung, sampai pada satu tahap saya merasakan tidaka bercakap adalah perkara terbaik untuk saya. Dan seperkara lagi saya mengalami satu perasaan yang saya sendiri tidak suka, saya mempunyai perasaan tidak mahu bercakap pada masa itu, kerana jiwa saya sedang hancur berkecai.
sampai satu tahap saya sempat menitiskan air mata.


Kenapa saya kecewa? saya kecewa sebab mengikut perancangan saya akan bersuka ria bersama beberapa sahabat handai di taman tema air wet world shah alam. ermmm taman tema ke? boleh kot.
oleh kerana kesempatan yang ada sebelum assignment datang bergolek saya dan rakan kelas akan mengadakan lawatan sambil mandi di sana. Akan tetapi rakan rapat saya tidak menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu.

Kecewanya saya kerana saya begitu mengharapkan dapat pergi bersama mereka. bermacam-macam buah fikiran yang terlintas di otak saya. Tapi jawapannya masih sama. saya harus juga kesana untuk menemankan beberapa rakan yang lain. Bagaimana? hati orang harus dijaga.

No comments:

Related Posts with Thumbnails