September 13, 2010

selamat Hari raya.....


assalamualaikum.....
setelah lama aku meninggalkan blog akhirnya aku luangkan juga masa untuk update blog ni...setelah selama sebulan kita berpuasa akhirnya kita akan meraikan dengan raya penuh dengan gilang gemilang...
kanak-kanak bermain mercun, kaum-kaum ibu sibuk memasak didapur, kaum ayah pula sibuk mengacau dodol di bawah parkir kereta...itulah ingatan aku semasa kecil...raya zaman sekarang jauh berbeza dengan dulu. meriah nya raya dahulu terlalu dirasai...aku masih lagi ingat masa aku beraya di kampung sewaktu aku kecil..maen mercun masa malam raye pas2 pagi esoknyer ramai2 jalan g umah sedare kutip duit raya..masa nilah kanak-kanak nak dapat ganjaran sbb berpuasa sebulan. Kini, aku telah dewasa dan telah ramai insan yang aku kenali di sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup menuju ke alam dewasa...bermula dengan ibu ayah iaitu orang pertama yang aku kenali setelah keluar dari rahim ibuku,ibu ayah maafkan ika atas segala kesalahan yang ika lakukan sbb selalu degil x dengar cakap ibu dan ayah,melawan,pecahkan cermin almari,pecahkan pinggan kat atas rak, bile da ada lesen ika langgar divider..naseb bek kete x rosak...
kakakku yang aku kenali setelah aku diletakkan di katil bayi yang selalu memanggil aku...mencium dahiku masa aku kecil,temankan aku pergi sekolah,kongsi tempat duduk moto dengan aku bile ayah anta kite pergi sekolah,dan selalu gaduh dengan aku sebab baju raye kite x sama la,apela..mcm2 lagi...maafkan aku sebab selalu gaduh degn kau lepas tue terima kasih sebab sama2 mewarnai kehidupan ibu dan ayah..
x lupe jugak buat semua saudara2 ku yang aku kenali setelah kalian datang ke hospital sewaktu hari aku dilahirkan, baik pakcik, makcik,sepupu-sepapat semua datang. x kat hospital pasti datang jenguk dirumah dan dengan itu menjadikan kalian orang ketiga yang aku kenal dalam hidupku. maafkan ika sekiranya ada terkasar bahasa,terkurang bahasa, atau mungkin bukan niat untuk menyakitkan tetapi kalian mungkin terasa dengan apa yang telah aku lakukan.
setelah aku puas bermain dengan saudara maraku kehidupan aku diserikan dengan perkataan sahabat..
sahabat yang aku kenali di tadika-aku masih ingat masa kita sama riang bermain lonceng disekolah,mengenakan rakan2 yang sangat beriya-iya nak makan masa rehat.
sahabat yang aku kenali di sekolah rendah-aku masih ingat lagi bila kita sama2 kene denda dengan cikgu masa maen batu seremban...habes satu kelas kene berdiri atas kerusi,kene marah sakan..hahaha
sahabat yang aku kenali di sekolah menengah-lagi aku x boley mase kita same study kat blakang kelas mase waktu abes kelas...ingat lagi kita tubuhkan satu group yang berasakan dari haiwan...lucu,mengingatkan masa itu, x boleh lupa juga masa kita sama2  menyelesaikan masalah pelajaran didalam kelas..ada yang tipu cikgu tapi x menjadi mcm2 perangai bile nak di ingatkan..
x cukup dengan itu aku telah menjejakkan kaki ke Universiti aku juga telah diserikan dengan sahabat2 yang sering membuatkan aku x kering gusi...kite sering sama-sama melakukan tugasan yang diberikan, ketawa sepanjang perjalanan dari kelas pulang ke kolej. tapi dalam semua kembiraan sahabat2 ku..kita x pernah terpisah dengan salah paham antara kita, maafkan aku sekiranya pernah mengguris perasaan kalian semua..
bila aku diisi dengan dengan sahabat yang menemani aku semasa belajar kita juga tidak terlepas dari perkataan guru,cikgu, teacher and lecterur...terima kasih kerana telah banyak bersabar dengan insan seperti ku dalam mendidik insan yang paling malas salin nota,degil, dan mcm2 lagi....ampunkan dosa yang telah aku lakukan...sekali lagi aku memohon maaf sempena hari raya eidul fitri ini...semoga hari raya ini penuh dengan cahaya yang diberkati oleh Allah S.W.T....
Related Posts with Thumbnails