Showing posts with label sayang buat sahabat. Show all posts
Showing posts with label sayang buat sahabat. Show all posts

May 17, 2012

BF atau kawan baik?


Dia yang salah atau aku yang terlebih emosi?  Jujur aku sedang mengalami komplikasi yang agak teruk dengan rakan baik ku sendiri gara-gara kerana dia dapat boyfriend baru. Dan aku juga turut bersedih melihat keadaan dia yang serba salah yang terpaksa memilih antara sahabat karib atau teman barunya.



Maafkan ku wahai sahabat kerana membuat hidup kamu bercelaru, apa yang harus aku lakukan jelas hidup aku lebih sunyi kerana selama ini hari aku penuh dengan kehadiran kau. Mungkin kau fikir aku punya ana ,kak nor, are2 and iqa nuar, wanidan mereka yang lain. Tapi pernahkah kau terfikir yang mereka juga mungkin terasa dengan perbuatan aku yang kadang2 melebihkan kau dari mereka. Aku sayang kita semua tapi situasi kau sering membuatkan aku melebihkan kau.



Mungkin aku yang bersalah kerana tidak untuk memahami kau, tetapi adilkah untuk aku yang selama ini menghabiskan masa bersama dengan kau dan kini kau hilang secara tiba-tiba
Apa yang aku patut lakukan? Aku hanya insan biasa yang bergantung pada keluarga dan kemudian sahabat untuk menjalani kehidupan aku seharian dan bukannya BF

Jadi adilkah untuk aku memahami keadaan kau seorang?


Benar, seorang rakan yang baik akan memahami situasi sahabatnya. Maaf, mungkin aku bukan sahabat yang baik. Aku sayang memori kita bersama. Ikatan persahabatan kita cukup indah untuk dibuangkan.

Mungkin ini balasan Allah kepada aku kerana tidak adil kepada raka-rakannya. ALLAH maha Adil membalas setiap perbuatan setimpal dengannya.

jadi

Izinkan aku berdiam diri. Aku perlukan masa, Masa untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Supaya tangan aku kurang untuk menekan nombor kau, perasaan ku yang sudah terbiasa mengajak kau berjalan-jalan bila waktu lapang,
Berikan aku aku masa…



July 31, 2011

|Belakang Camera|

Hohoho mcm teka-teki je tajuk dia kan? tapi hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya berkerjasama dengan TEMPEH CHRONICLES di studio mereka bg merakamkan gambar raya. first impression masuk studio dorang..ya begitu mengujakan, nampak kemas teratur, ada gaya modern exclusive gitu. so, bila dah kata pergi photoshoot patutnya tak yah la bercerita panjang, marilah lihat hasilnya.hehhee




ketika baru sampai 
&
Sesi Photoshoot Bermula











amacam cantek tak gamba?dan setelah ditambah beberapa words maka jadilah ini



Gamba yang mereka ambil memang terbaik...ada banyak lagi gambar-gambar terbaik dari Tempeh Chronicles ni. tapi belum dapat lagi dari mereka. Mungkin akan diupload lagi pada masa yang akan datang.

Kalau anda bertanya tentang tahap kepuasan hati saya terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka...jika ada 10 bintang saya akan bagi 11 bintang! memang teerrbaik! 

kalau ada orang bertanya kepada saya apa yang buat saya sangat berpuas hati?
saya akan jawab : 
1. Quality yang mereka berikan
2. Komunikasi mereka dengan saya 
3. Bayaran yang berbaloi

tapi dalam banyak-banyak alasan quality gambar adalah yang paling. Quality bermaksud apabila gambar yang saya pegang di tangan lebih cantik daripada apa yang saya lihat di komputer. Dalam erti kata lain saya terlalu asyik untuk melihat gambar-gambar didalam album, memang terbaik! dan kepuasan itu datang apabila saya pegang hasil yang berkualiti...


May 6, 2011

Diploma Bangunan

                Kenapa Diploma Bangunan? hari ni ramai yang call and tanya mcm mana nak masuk UiTM. so,  saya yang dah Pernah mengalami situasi itu ceritakanlah pada mereka-mereka yang baru nak mengalami perasaan itu. sempat jugak la saya promote FSPU.hehehe. Dengan itu saya pun teringatlah hari saya mula memohon dan dapat masa dapat result kemasukan and berjaya masuk UiTM. Senyum sorang-sorang teringat bertapa kenangan manis yang saya alami. semasa sehelai kertas putih ditangan yang tercetak nama saya disitu, tak pernah saya sangka dengan takdir saya masuk Diploma bangunan saya akan mengenali rakan-rakan saya sekarang, guru saya sekarang. seandainya saya ditakdirkan ke kursus yang lain, mungkin saya tak pernah mengenali insan yang bernama izwani, mimi, aminah, norhayaton, farhana, asilah , atiqah dan ramai lagi kawan yang lain. mungkin sewaktu berselisihan dengan mereka di jalan saya tak kenal mereka. Kerana Diploma Bangunan la saya ditawarkan ke UiTM dan mengenali insan seperti mereka. 

Tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah...


tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
memboncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji



January 17, 2011

Kapal Terbang Kertas

                             Wah jiwang sungguh entry kali ni. Bukan apa, cuma tadi masa tengah kemas meja, tambah accessories kat meja. bagi cantik baru la ada jiwa nak belaja and bekarya. So, saya pun mencari barang-barang yang biasa saya lekat dekat soft-board dengan barang yang selalu menghiasi meja belajar saya ini.
accessories meja

soft-board


                             Dalam pada masa sedang saya mencari-cari, Saya terjumpa antara barang-barang saya rindui antaranya adalah kapal terbang kertas. Ia bukan sekadar sehelai kertas yang dilipat-lipat, tetapi ia sebagai simbolik seorang rakan saya yang saya rindui. Khairi sesungguhnya kami rindu kamu.

nampak simple tapi penuh dengan memori

 rindu nya time diploma kat perak!

                            kapal terbang kertas tu saya dapat masa last year si budak khairi ni sedang bosan lalu dia ambil kertas-kertas terbuang yang ada si atas lantai dan dia lipat jadi kapal terbang kertas tu. Bila saya ambil saya baling... wah! ia melayang dengan sempurna. Suka sangat sebab tak pernah jadi setiap kali saya saya lipat nak buat kapal terbang kertas tu.

                             Dan tak sangka saya terus simpan dan hari ini bila selongkar barang-barang tak sangka jumpa benda-benda mcm ni. u all kat luar sana pernah tak mengalami mcm yang sedang saya alami ini. Bila terjumpa satu lepas tu jumpa lagi satu benda yang buat saya rindu kat kawan-kawan masa kat perak. Walaupun sekarang ni dah tak sekelas, tapi cerita kita semalam masih dalam memori.

kobek punya kobek jumpa la gamba ni...

bertambah-tambah la rindu saya dekat perak

ini la kelas saya masa dekat UiTM perak 
 gaya sangat educated!

 ini ana, masa saya part 4 saya dapat tugasan untuk melukis gamba hamba Allah sorang ni
jadi dengan rela hati saya melukis...

jeng-jeng!!! jadi tak? dengan sedikit bantuan dari cik hafizah dan puan Diana.


dan lepas tu ada seorang lagi hamba Allah ni dapat task untuk lukis gamba saya...

ini saya pada tarikh berdekatan

bang !!! amik ko..ada ke patut lukis ini saya
same ke?
korang buat la penilaian sendiri..huhuhu
pipi saya cengkung!

January 11, 2011

Jelajah Menara episode 2

           Disebabkan tiada kesempatan masa, saya tak dapat nak update cerita baru yang kami alami last saturday. Iaitu buat kad matrik baru sebagai student degree....mmg macam pakar la kami ke menara, semua selok belok da tak ada ragu-ragu. Padahal kesemputan sebelum ini mencari jalan untuk ke dewan annexe di menara. Bila dah sampai macam biasalah student dah ramai yang sampai,beratur sikit la punya panjang. Tapi kami as student yang rilek dan cool, kami steady beratur buat muka selamba. Dan masa dah samapi depan nak ambil gambar, mula la perut rasa tegang. dah tengok-tengok cermin, bela-bela tundung, alter skit muka, tacap bedak dan macam-macam perangai yang lain.

see! tangga nak naik atas

sampai je, semua orang da que up and saya pun kene que panjang camni

ana, asilah, are2,iqa nuar and ain da terpisah jauh
somewhere in there

semua macam takut-takut je. ye la student baru

yang diperlukan-surat tawaran and IC

          so, bila da setel ambil gambar kami kena que up lagi untuk dapat beg and other thing la. Finally saya dapat beg oren! sama dengan beg laptop! tak pela saya syukur je. janji dapat ye tak?

asilah and iqa nuar, dorang ni yang paling teruja nak beg that's why dorang duk depan skali

sian kan? gamba da cantek da, skali ada hantu yang bergerak -gerak kat belakang

 Que up for beg

           Bila dah dapat beg, happy-happy, jalan la pulang and ajak member tgk area-area situ. And last saya bawak diaorang sume tgk nama fakulti kat lantai yang macam kat hollywood tu. Apa nama benda tu nak panggil pun saya dah tak ingat. tapi mmg macam-macam gaya la ambil gamba kat situ, mungkin sebab rindu sangat kat UiTM perak kot.


tak ada beg

Ada beg

Ada beg lagi

Ana dengan gaya beliau-dia dah fikirkan dari sejak semalam nak buat pose nie 
masa jelajah menara episode 1

macam pengantin je, pasangan dah  lari kot

mcm iklan beg UiTM kampus Seri Iskandar

yang ni iklan beg tangan UiTM kampus Seri Iskandar

first shoot! sekali dapat idea untuk another pic

nice kan? like gila!

           bila dah puas ambil gamba,kami jalan turun and bincang nak makan apa. later kami buat keputusan nak makan nasi lemak kat pak li. Dengan semangat yang jitu menapak jalan ke bus stop yang paling bersemangat, iqa nuar. Mula-mula tak tahu kenapa, lepas dah sampai baru tahu.

mmg angkut beg ke hulu-hilir
tangga pun jadi

betapa baiknya asilah, berbaju kurung sedangkan tak payah pun

menara from this site, actually tak pernah ikut tangga sini

pantang nampak saya angkat camera, padahal saya nak candid

akhirnya, sampai bus stop and jumpa emma ex roomate asilah mase kat perak

          tadi kan dah decide nak makan kat pak li, so kami pun naik la bus T604 untuk ke seksen 7. Biasalah kami mmg excited dengan benda baru nak explore ni. sempat la ngorat abg bas rapid KL hehehe..


Ipoh white coffe, mcm mana kopi ipoh sampai sini?

nasi lemak pak li, no doubt. sedap gila!

gila banyak makan siap order french toast tau.

then habis makan balik la UiTM 

ain walaupun diam sporting tau joint, ikut kami 

Related Posts with Thumbnails