August 25, 2011

Selamat Hari Raya.....

Selamat Hari Raya 2011 dan Selamat Menyambut Merdeka

Assalamualikum...sebulan kita berpuasa Alhamdullilah akhirnya kita telah sampai ke hari kemenangan.. Hari kemenangan kita di sambut dengan penuh meriah disamping orang yang tersayang. Tetapi jangan lah pula kita lupa kepada mereka yang menyambut Raya dengan penuh kekurangan. Terutama saudara seislam kita yang sedang berhempas pulas menyabung nyawa didalam peperangan. Ada juga diantara saudara kita yang menyambut Raya dengan penuh kesabaran, dimana mereka mendapat bekalan makanan yang sangat kekurangan.

Maka dengan itu sentiasalah kita beringat bahawa kita sentiasa dalam keadaan yang lebih baik berbanding saudara-saudara kita yang lain. Sesuatu yang harus kita ingat iaitu bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada, kerana kekurangan yang kita tiada mahunya mungkin lebih bermakna buat mereka.

Dikesempatan ini, Saya ingin menyusun sepuluh jari ampun maaf kepada sesiapa yang telah mungkin terkecil hati dengan tindakakan, perilaku dan kata-kata saya yang mungkin kurang menyenangkan hati sesetengah pihak.

Selain itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang telah berjaya mengharungi dugaan sebulan berpuasa. Terutamanya kepada anak saudara saya Muhammad Faris Azri yang telah berjaya menghadapi dugaannya. Dari hari ke hari dia ingin berbuka puasa atas alasan letih dan bermacam lagi, akan tetapi setelah mengingatkan mereka yang sedang dalam kesusahan tetapi masih berpuasa serta ganjaran yang akan diterimanya nanti...Alhamdulillah dia berjaya hingga ke hari kemenangan kita semua. Sekian, Itu saja coretan saya untuk kali ini. Sampai ketemu lagi...wassalam 

July 31, 2011

|Belakang Camera|

Hohoho mcm teka-teki je tajuk dia kan? tapi hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya berkerjasama dengan TEMPEH CHRONICLES di studio mereka bg merakamkan gambar raya. first impression masuk studio dorang..ya begitu mengujakan, nampak kemas teratur, ada gaya modern exclusive gitu. so, bila dah kata pergi photoshoot patutnya tak yah la bercerita panjang, marilah lihat hasilnya.hehhee




ketika baru sampai 
&
Sesi Photoshoot Bermula











amacam cantek tak gamba?dan setelah ditambah beberapa words maka jadilah ini



Gamba yang mereka ambil memang terbaik...ada banyak lagi gambar-gambar terbaik dari Tempeh Chronicles ni. tapi belum dapat lagi dari mereka. Mungkin akan diupload lagi pada masa yang akan datang.

Kalau anda bertanya tentang tahap kepuasan hati saya terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka...jika ada 10 bintang saya akan bagi 11 bintang! memang teerrbaik! 

kalau ada orang bertanya kepada saya apa yang buat saya sangat berpuas hati?
saya akan jawab : 
1. Quality yang mereka berikan
2. Komunikasi mereka dengan saya 
3. Bayaran yang berbaloi

tapi dalam banyak-banyak alasan quality gambar adalah yang paling. Quality bermaksud apabila gambar yang saya pegang di tangan lebih cantik daripada apa yang saya lihat di komputer. Dalam erti kata lain saya terlalu asyik untuk melihat gambar-gambar didalam album, memang terbaik! dan kepuasan itu datang apabila saya pegang hasil yang berkualiti...


July 29, 2011

awesome family day!



Family gathering Hjh Che Bee telah diadakan di Duta Village Beserah,Kuantan pahang. Alhamdulillah semua yang dijalan berjalan dengan lancar, saya dan amalina (cousin) telah menyusun program agar berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi kepuasan hati mana-mana pihak. Tak sangka semua yang hadir begitu enjoy skali dan sorry if ada yang tak dapat nak diberi keselesaan yang sepenuhnya kepada mereka...

Hari pertama sampai di Kuantan pahang kami sekeluarga menghabiskan masa bersama dengan terjun dalam kolam dan bermain-main sambil menikmati keindahan alam.

Dah penat kami berehat dan pada malamnya keluarga dan saya berjalan ke pekan kuantan sambil membeli belah dan beberjalan-jalan dikawasan sekitar...



Maka dengan itu saya sediakan beberapa video untuk tatapan semua agar boleh dikongsi perasaan kegembiraan family saya. Selain dari itu boleh la juga kita sama-sama kekalkan tradisi ini.Bukan sahaja untuk bersuka ria tetapi untuk mengeratkan hubungan sesamam keluarga. Jgn biarkan jarak antara keluarga menjadikan kita lebih janggal dan makin lama kita makin janggal untuk berkomunikasi dengan sanak saudara.
Begitulah perasaan mereka! lol!
in this video : Amalina ,cik mai, ain.
thanks to all involved
 sukaneka berjalan dengan penuh haru biru

akhir kate, yang baik datang dari ALLAH dan yang kurang datang dari saya. Semoga family day akan datang akan lebih meriah dan lebih berseri. sekian.

May 6, 2011

Diploma Bangunan

                Kenapa Diploma Bangunan? hari ni ramai yang call and tanya mcm mana nak masuk UiTM. so,  saya yang dah Pernah mengalami situasi itu ceritakanlah pada mereka-mereka yang baru nak mengalami perasaan itu. sempat jugak la saya promote FSPU.hehehe. Dengan itu saya pun teringatlah hari saya mula memohon dan dapat masa dapat result kemasukan and berjaya masuk UiTM. Senyum sorang-sorang teringat bertapa kenangan manis yang saya alami. semasa sehelai kertas putih ditangan yang tercetak nama saya disitu, tak pernah saya sangka dengan takdir saya masuk Diploma bangunan saya akan mengenali rakan-rakan saya sekarang, guru saya sekarang. seandainya saya ditakdirkan ke kursus yang lain, mungkin saya tak pernah mengenali insan yang bernama izwani, mimi, aminah, norhayaton, farhana, asilah , atiqah dan ramai lagi kawan yang lain. mungkin sewaktu berselisihan dengan mereka di jalan saya tak kenal mereka. Kerana Diploma Bangunan la saya ditawarkan ke UiTM dan mengenali insan seperti mereka. 

Tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah...


tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku
memboncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji



February 9, 2011

Saya Ada Abang

          Assalamualaikum.....sudah lama saya mensenyapkan diri kerana terlalu sibuk dengan persiapan kenduri, dan bila kenduri dah selesai assignment pula nak kene buat setelah seminngu pejam mata tak buat assignment.

       selama 22 tahun hidup tanpa abg and finally saya dapat seorang abg. Tanggal 30/01/2011, berlangsunglah perkahwinan antara Noor Hazwani dan Mohd Hafnidzam dan bergembira lah semua ahli keluarga walaupun saya agak serabut. Oleh kerana sibuk sangat saya tak dapat nak melihat majlis pernikahan cuma dapat dengar bayangan suara yang keluar dari speaker surau ke halaman rumah saya. Dengar dari mulut saudara yang ada kat dalam surau, dorang kata 2 kali akad baru lepas. Itu je la yang saya tahu. Oleh sebab hari hujan dengan lebatnya, bertambah-tambah la kesibukan saya pada hari itu. Alhamdulillah walaupun air berjujuran turun dari langit tapi ia berjalan lancar seperti yang diharapkan. Hujan itu kan rahmat tak perlulah nak buat ritual menghalau hujan dan sebagainya. 

manisnya senyuman pengantin

alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke anak cucu

lihat! hujan lebat sampai pengantin kene bawak payung sendiri

seriously mmg dia cantek masa ni, teruja saya tengok dia 

credit la to kakak yang make-up kakak saya ni

like princess!

like gila pic ni!

                Bila kakak saya dah disiapkan untuk majlis bersanding dan potong kek, maka bermulalah kerjaya saya sebagai penyambut tetamu, pengatur cara, penelepon orang yang sesat-sesat nak datang rumah, pencari kumpulan kompang yang tak sampai-sampai ke-rumah walaupun dah nak time bersanding, pengalih kereta orang yang block-block jalan untuk lori catering keluar masuk dan banyak lagilah...tukang carik payung pun saya jugak. hu hu hu banyak kan kerja? nak buat macam mana kakak seorang, kalau nak sibuk pun ini yang terawal dan inilah yang terakhir.


              untuk pengetahuan korang flower-flower girl tu semua anak sepupu saya dan adik sepupu saya. Tak rancang pun nak buat flower girl, tapi sebab nak bagi seronok budak-budak ..saya dan sepupu pun merancang la buat semua ni.  Bila semua dah selesai, dah potong kek, dah makan, dag bg tgk orang silat dah dengar kompang, dah dengar lagu dari dj...sampailah masa yang di tunggu-tunggu oleh semua sedara mara saya..KLIK ! time. Melonjak-lonjak semua sepupuku. Tapi oleh sebab ikut proper line abg Dj dan Abg camera man, kami bg la laluan kepada uncle-uncle and auntie-auntie untuk bergambar dulu. Dahulukan yang tua, ye ke idak?

ayahku gembira dapat menantu..

komen yang paling bnyak kat fb, ayah buat peace!
dan saya pun ada!

Keluarga abg ipar saya

keluarga abg cham sporting!

ermmm..kawan along 

member along dari UiTM and maybe a bit from AMTEL

Kawan dari MUC

kawan Along juga

Family ayah lope dan mak yong

Kuarge achik dan auntie jue dengan gayanya yang sporting!

Keurga dan adik beradik ibu, formal-formal..

Agak pelik kuarge Mak Tam begitu formal ! ha ha ha!

Kuarge uncle Ruslan dan wanchu formal juga! pelik! 

kuarge paknyah and maknyah dengan gayanya peace no war! dan
1 Malaysia.
syamsul dan kak ika amik berkat la tu.
Bakal menjadi pengantin juga bulan 10 ni

keluarga pak uda dan mak uda, formal jugak la
dua kat depan tu pun amik berkat jugak la tu
bakal menjadi pengantin bulan 4 ni

kuarge pak andak and mak andak
tgk la tu pak cik saya tu
ceria gitu!

                  Setelah selesai semua ramai la semua sedara mara dah pulang , ramai juga la yang tak dapat join untuk majlis sanding sebelah lelaki. Sedara mara yang area KL je datang. Ramai sedara yang jauh. Dikesempatan ini saya sangat berterima kasih kepada saudara-mara, jiran tetangga yang banyak membantu. Tak lupa juga buat sahabat saya Syikin Nasir sbb banyak bg bimbingan apa nak buat lepas tu lepas ni. Orang tak pernah ada pengalaman handle majlis kenduri kahwin ni.
          
Dah nak habis cerita baru teringat lupa nak tunjuk Souvinier
penat tau saudara mara, keluarga nank buat benda ni.
tapi puas hati la lain dari yang lain.. hu hu hu


Setelah panjang jela bercerita, motifnya cuma satu. Keluarga saya bahagia! dan saya sangat gembira.

January 17, 2011

Kapal Terbang Kertas

                             Wah jiwang sungguh entry kali ni. Bukan apa, cuma tadi masa tengah kemas meja, tambah accessories kat meja. bagi cantik baru la ada jiwa nak belaja and bekarya. So, saya pun mencari barang-barang yang biasa saya lekat dekat soft-board dengan barang yang selalu menghiasi meja belajar saya ini.
accessories meja

soft-board


                             Dalam pada masa sedang saya mencari-cari, Saya terjumpa antara barang-barang saya rindui antaranya adalah kapal terbang kertas. Ia bukan sekadar sehelai kertas yang dilipat-lipat, tetapi ia sebagai simbolik seorang rakan saya yang saya rindui. Khairi sesungguhnya kami rindu kamu.

nampak simple tapi penuh dengan memori

 rindu nya time diploma kat perak!

                            kapal terbang kertas tu saya dapat masa last year si budak khairi ni sedang bosan lalu dia ambil kertas-kertas terbuang yang ada si atas lantai dan dia lipat jadi kapal terbang kertas tu. Bila saya ambil saya baling... wah! ia melayang dengan sempurna. Suka sangat sebab tak pernah jadi setiap kali saya saya lipat nak buat kapal terbang kertas tu.

                             Dan tak sangka saya terus simpan dan hari ini bila selongkar barang-barang tak sangka jumpa benda-benda mcm ni. u all kat luar sana pernah tak mengalami mcm yang sedang saya alami ini. Bila terjumpa satu lepas tu jumpa lagi satu benda yang buat saya rindu kat kawan-kawan masa kat perak. Walaupun sekarang ni dah tak sekelas, tapi cerita kita semalam masih dalam memori.

kobek punya kobek jumpa la gamba ni...

bertambah-tambah la rindu saya dekat perak

ini la kelas saya masa dekat UiTM perak 
 gaya sangat educated!

 ini ana, masa saya part 4 saya dapat tugasan untuk melukis gamba hamba Allah sorang ni
jadi dengan rela hati saya melukis...

jeng-jeng!!! jadi tak? dengan sedikit bantuan dari cik hafizah dan puan Diana.


dan lepas tu ada seorang lagi hamba Allah ni dapat task untuk lukis gamba saya...

ini saya pada tarikh berdekatan

bang !!! amik ko..ada ke patut lukis ini saya
same ke?
korang buat la penilaian sendiri..huhuhu
pipi saya cengkung!
Related Posts with Thumbnails