December 19, 2010

Hilangnya Gula Dalam Teh

               
                           kenapa tajuknye macam serius je kan...aku nak kongsi ape yang aku alami hari ini...kakak aku telah hilang seorang rakan seperjuangannya semasa di uitm, semua nampak tabah. kakak aku nampak teguh namun hatinya aku tahu ia terguris juga. walaupun aku tidak berape mengenali Allahyarham,tapi aku tahu betapa dia rapat dan ikhlas dengan sahabat handainya...

                       Tepat jam 6 petang aku dan aku sampai di hospital serdang dan kelihatan ramai sahabat handai yang setia menanti dihadapan wad kecemasan. Jelas sekali pemergiannya telah dikatahui,cuma ibunya yang belum sampai dari kelantan. kakak aku asyik bersama rakan-rakannya bertanyakan perkara yang telah terjadi kepada Allahyarham. 

                        aku? aku pula sedang memerhati sekekeling ape yang sedang terjadi. Aku ternampak seorang lelaki yang sedang duduk dan ramai yang mengelilinginya. Aku makin tertarik apa yang berlaku disitu, lalu aku terus memerhatikan dia. Jelas penantianku tak sia-sia. akhirnya lelaki tadi menoleh dan aku dengar namanya disebut dari bibir kakakku "kesian Bob". ketahuilah aku bahawa namanya dipanggil Bob. Apabila dia menoleh aku terlihat matanya yang merah jelas menyatakan kesedihan akan kehilangan sahabatnya.  Sungguh aku pilu melihat kejadian itu. Hilangnya gula dalam teh, itulah perumpamaan yang aku berikan. Hari-hari yang dirasakan indah bersama sahabat kini menjadi kelat. Tanpa gula hilanglah manisnya.

                                Setelah mendengar cerita dari rakan-rakan kakakku, Allahyarham dilanggar lari. kejamnya manusia! setelah melanggarnya kau biarkan dia disitu. Allahyarham bukan dilangar sebiji kereta malah dua biji kereta telah melanggarnya. Semoga orang yang melakukan kesalahan itu ditangkap dan dihukum selayaknya..nasib baik ada insan yang menjadi saksi kini mempertahankan hak Allahyarham. Ambillah iktibar dari cerita ini, bertangungjawablah atas apa yang kita lakukan. Jgn biarkan seseorang teraniaya kerana kesalahan kita.

                                          Dan sekarang aku merindui sahabat handaiku,rakan seperjuanganku,kenalanku dan keluargaku. Hargailah selagi kita mampu, hidup ini singkat. Sesingkat pertemuan Bob dengan Allahyarham hari ini, bertegur sapa dipagi hari dan di tengah hari dikhabarkan dia telah pergi. Dengarlah semua kenalan ku, hilangnya salah seorang dari kamu semua telah membuatkan hidupku tak cukup. Kerana tanpa kamu semua aku tak mungkin akan mendapatkan segala kenangan manis yang boleh aku ceritakan hingga ke hari ini.


                                  

                           

October 28, 2010

exam week!!!!!!!!!!!!

bile peperiksaan bermula : maka bermulalah perjuangan para sahabat2 ku dalam mempertaruhkan tidur malam mereka..haha dan aku adalah salah seorang yang akan mengorbankan tidur malamku untuk study sbb siang aku slal00o tertido bila study...ha3. walaupun begitu setiap dari kita mempunnyai cara study yang tersendiri..slalo0 kita lihat ada mereka yang study kat library,gain ilmu dengan gaya high class.he3 tapi cbe bayang aku study kat library dengan penuh buku kat tepi..uishhh...stylenyer...compem orang sekeliling kate..huyoo0 mesti dak dekan..ha3.tapi ada ke jejak library tu...setahun skali..hahha.....


Ada pulak lagi satu style suke bukak laptop depan mata mase study..senang nak carik information katenyer..
padahal ber pesbo0k..tgk buku jugak kan ..kira study la tue..haha.ada jugak kate pesbook nie teman kalu ngantuk..padahal dalam sejam study kat meja tu..45 minit spend kat FB 15 minit bace buku..masuk je minit ke-16...kroh kroh ZZzzz..hal ini terbukti dimana2..hahaha

                          ****************************************************************

dan akhirnyer rata-rata student pown akan mengambil langkah membaca sambil lalu je...konon2 da cover sume tajuk..
bace bab 1- "ok..ermm..ok yang nie..bole ingat nie masa jawab nnt"
bace bab 2- "oh , yang nie yang tue..."
bab 3,4,5,6,7.dan seterusnya - "bole da paham da, ok sangat nie..senang je"

dan di pertengahan malam itu.....







September 13, 2010

selamat Hari raya.....


assalamualaikum.....
setelah lama aku meninggalkan blog akhirnya aku luangkan juga masa untuk update blog ni...setelah selama sebulan kita berpuasa akhirnya kita akan meraikan dengan raya penuh dengan gilang gemilang...
kanak-kanak bermain mercun, kaum-kaum ibu sibuk memasak didapur, kaum ayah pula sibuk mengacau dodol di bawah parkir kereta...itulah ingatan aku semasa kecil...raya zaman sekarang jauh berbeza dengan dulu. meriah nya raya dahulu terlalu dirasai...aku masih lagi ingat masa aku beraya di kampung sewaktu aku kecil..maen mercun masa malam raye pas2 pagi esoknyer ramai2 jalan g umah sedare kutip duit raya..masa nilah kanak-kanak nak dapat ganjaran sbb berpuasa sebulan. Kini, aku telah dewasa dan telah ramai insan yang aku kenali di sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup menuju ke alam dewasa...bermula dengan ibu ayah iaitu orang pertama yang aku kenali setelah keluar dari rahim ibuku,ibu ayah maafkan ika atas segala kesalahan yang ika lakukan sbb selalu degil x dengar cakap ibu dan ayah,melawan,pecahkan cermin almari,pecahkan pinggan kat atas rak, bile da ada lesen ika langgar divider..naseb bek kete x rosak...
kakakku yang aku kenali setelah aku diletakkan di katil bayi yang selalu memanggil aku...mencium dahiku masa aku kecil,temankan aku pergi sekolah,kongsi tempat duduk moto dengan aku bile ayah anta kite pergi sekolah,dan selalu gaduh dengan aku sebab baju raye kite x sama la,apela..mcm2 lagi...maafkan aku sebab selalu gaduh degn kau lepas tue terima kasih sebab sama2 mewarnai kehidupan ibu dan ayah..
x lupe jugak buat semua saudara2 ku yang aku kenali setelah kalian datang ke hospital sewaktu hari aku dilahirkan, baik pakcik, makcik,sepupu-sepapat semua datang. x kat hospital pasti datang jenguk dirumah dan dengan itu menjadikan kalian orang ketiga yang aku kenal dalam hidupku. maafkan ika sekiranya ada terkasar bahasa,terkurang bahasa, atau mungkin bukan niat untuk menyakitkan tetapi kalian mungkin terasa dengan apa yang telah aku lakukan.
setelah aku puas bermain dengan saudara maraku kehidupan aku diserikan dengan perkataan sahabat..
sahabat yang aku kenali di tadika-aku masih ingat masa kita sama riang bermain lonceng disekolah,mengenakan rakan2 yang sangat beriya-iya nak makan masa rehat.
sahabat yang aku kenali di sekolah rendah-aku masih ingat lagi bila kita sama2 kene denda dengan cikgu masa maen batu seremban...habes satu kelas kene berdiri atas kerusi,kene marah sakan..hahaha
sahabat yang aku kenali di sekolah menengah-lagi aku x boley mase kita same study kat blakang kelas mase waktu abes kelas...ingat lagi kita tubuhkan satu group yang berasakan dari haiwan...lucu,mengingatkan masa itu, x boleh lupa juga masa kita sama2  menyelesaikan masalah pelajaran didalam kelas..ada yang tipu cikgu tapi x menjadi mcm2 perangai bile nak di ingatkan..
x cukup dengan itu aku telah menjejakkan kaki ke Universiti aku juga telah diserikan dengan sahabat2 yang sering membuatkan aku x kering gusi...kite sering sama-sama melakukan tugasan yang diberikan, ketawa sepanjang perjalanan dari kelas pulang ke kolej. tapi dalam semua kembiraan sahabat2 ku..kita x pernah terpisah dengan salah paham antara kita, maafkan aku sekiranya pernah mengguris perasaan kalian semua..
bila aku diisi dengan dengan sahabat yang menemani aku semasa belajar kita juga tidak terlepas dari perkataan guru,cikgu, teacher and lecterur...terima kasih kerana telah banyak bersabar dengan insan seperti ku dalam mendidik insan yang paling malas salin nota,degil, dan mcm2 lagi....ampunkan dosa yang telah aku lakukan...sekali lagi aku memohon maaf sempena hari raya eidul fitri ini...semoga hari raya ini penuh dengan cahaya yang diberkati oleh Allah S.W.T....

August 14, 2010

~fAmily BuilDing~

~7/8/2010~
kalau ikut rutin harian sape la yang rajin nak bangun pagi2 sabtu yang sepatutnyer masing2 still atas katil lg...
tp ble pikir balik niela masenyer kite satu jabatan duduk same2 enjoy same2..tambahan pulak bile majority lect datang. seronok giler samalam dapat together2 ngan lect. maen game ngan  junior, part paling best bile part6 mintak lawan tarik tali dgn lect. erm...kene bagi menang ke x nie?hahhaha nnt presention kene tolak markah kalu lect kalah. tapi disbbkan kitowang tau lect kitowang adil dan saksama.kitowang menggunakan segala kudrat yang ada untuk lawan ngan lect dan akhirnyer kami menang.'rubber set' satu round lect menang sbb para isteri dorang memberi sokongan yang padu untuk para suami mereka.
da masuk jam 11 pg aku da agak letih sbb dari pagi menjerit bg sokongan..
sokong je maen x..hahhaha...sampai en azim bising la,aku x masuk satu game pun.Berbalik pada cite asal..so aku yg letih duk la bawah khemah. kat situ ada kusi,meja sbb ada petandingan anak2 lect mewarna. Masa aku ngah duk kat situ,aku tgk la lect-lect aku. Rupenyer dorang pown gile2 mcm kitowang gak....aku nmpak en hamdan yang kreatif sdg color satu lukisan.en hamdan tulis GMP pada lukisan tu,lukisan tue plak gambar gajah. Da siap color dier angkat tunjuk kat puan suryani..pastue sume lect gelak...apekah maksud GMP itu yer...muskil2 ahahhahah..walaupun x ramai yang datang tapi rasa seronok sgt..dapat same2 ngan lect n kwn2...mase maen game kitowang sume x kesah menang ke  x...menang atau kalah ke,maen tipu ke jujur ke..tue kitowang sume x kesah sbb yang kitorang carik mase family day nie adalah kenangan. Kenangan yang boleh disimpan yang boleh dicerita semula sambil bergelak ketawa...

sonok betulla kwn2 aku ni..haahhaha..ramai gler yang kene naye baling tepung mase game gule2 nie..tue yang baju oren tue raihan dielah orang paling gembira dapat gule2..perangai sume cam dak kecik...huhu
ble pikir balik ble la kitowang nie sume nak matured..hahhahahaha...harap kite akan kekal ceria mcm nie...
en azim cayalah..

miss u all~sarang hana~

July 23, 2010

hari2 ku penuh dgn kegembiraan dan kesedihan


hari nie aku bangun pagi dengan penuh perasaan malas,bosan dan macam-macam lagi,
"kenapa la aku nak kene bangun buat bende nie sume..kalo tido kan lagi bagus" tapi aku meluahkan bicara tanpa aku memikirkan apa yang akan aku lalui hari nie,aku lupa temujanji aku hari ini bersama rakan-rakan ke kelas,belajar,ketawa dan bergembira. sepanjang aku dkt UiTM rakan2 la peneman aku melaksanakan tugas,membantu aku buat kerja. aku akui bende nie sume sangat susah dan aku tak boleh nak hadapi benda nie sendirian. dan terima kasih aku ucapakan dan peluk cium buat sahabat handai BN6B kerana selalu bersama aku. Tapi kemgenbiraan itu pasangannya kesedihan dan hari itu pasti akan aku lalui bila sampai saat kita berpisah..kita juga sudah sinonim setiap pertemuan pasti akan temui perpisahan. dan pada suatu saat aku berfikir sejenak,adakah aku akan seceria sekarang tanpa kalian...
masa aku mule2 menjejakkan kaki kat UiTM,aku dgn x tau ape building department kene jumpe lecturer pas2 aku diletakkan dalam kelas B_BN1B.aku x sangke dgn bermulenyer pembahagian kelas tue la aku akan berjumpa dgn kawan2 aku skarang. huruf keramat yang aku berterima kasih kerana membenarkan aku mempunyai rakan2 seperti mereka dan kerana huruf B la aku mempunyai hidup seindah hari ini.Walaupun kelas aku paling nakal bak kate lecterur,aku x kesah,kerana tanpa panggilan nakal tu la aku jarang bosan,setiap hari rasa nak pegi kelas.
"awak nie malas salin nota!" ayat selalu dapat bile masuk kelas. tapi ana,asilah,are2,kak nor,iqa la penyelamat aku bile ujung sem.
"wei nak photostat nota" ayat aku pulak bile ujung sem.semua buat muka marah kat aku..asilah la muncung paling panjang,       
pas2 membebel"ha 2 la ari tue x nak salin!" 
bnyk lagi dier membebel,malas nak dgr..hahaha
skarang nie da part 6..masing da jadik senior..
asik aku je kene bahan.."wa ika da ada nota la"
da besar kene la jadik contoh baek skit kat adik2..haha
tapi aku da part 6,maknenyer aku ada beberapa bulan je nak abeskan masa bersama dengan lecterur,kawan2,sume orang kat sekeliling aku,
masa x menjanjikan kta dapat jumpa balik..especially gang2 yang bukan se kos.Kalau sekos insyaallah kita akan spent masa bersama lagi dua tahun dan lepas tue aku x boley nak bayang kita kene pisah..sdey sgt. Hope kita akan sentiasa bersama. dan walaupun kita berjauhan harap kita masih dapat bergembira den bergelak ketawa mcm skarang.


June 20, 2010

cerita ole-ole.....

bende nie baru je terjadik mase anak sedare aku dan cousin2 aku pergi kenduri kawen sepupu kami kat johor...da on the way dorang p0wn rancang nak ke singapore...sdey aku x dapat ikut...tapi x pe bukan itu yang aku nak cite...nie kesahnyer ank buah aku FARIS AZRI(9 tahun)......sblom anak sedare aku yang sorang nie pergi ke singapore aku sempat la chatting ngan dier kat FB...aku pesan ngan dier..
"adik nnt jgn lupe bli cik ikahnyer ole2 dari singapore tau"
lalu dier p0wn menjawab dengan confidentnyer "ok,nnt adik blikan"
maka sampailah anak sedare aku nie di singapore,maka bermulalah pencarian dier di singapore dalam misi mencari ole2 untuk aku...
dalam sepupu-sepapat aku semua bersuka ria kat sane..amik gamba,shopping n macam2 lagi...si muhammad faris azri bersusah payah mencarik ole2 untuk aku...ahli keluarga yang laen sume pelik,apakah yang dicarik-carik oleh adik sehinggakan semuanya tidak berkenan...Setelah puas mencarik akhirnyer dier berputus asa untuk mencarik dan pulang ke malaysia tanpa membawa ape-ape untuk aku...dalam perjalanan pulang ke rumah, didalam kereta dier bersuara "adik x dapat la carik KUEH untuk cik ikah"
ya ALLAH rupenyer selama ini die ingat ole-ole tue kueh....maka ketawalah insan-insan yang berada didalam kereta itu....hahhahaha
walaupun dier x bawak pulang ape2 untuk aku..sekurang-kurangnyer aku tahu...dier masih ingat dan berusaha mencari ole-ole yang aku mintak.
23/06/2010
bile ada kejadian mcm nie baru aku teringat...periksa awal tahun SKTAAM,ujian bahasa melayu.bile aku jemput dier kat skola aku p0wn tanyer mane paper ujian bahasa melayu..dier kate "adik ada salah skit" lalu aku amik la paper bahasa melayu tue..nak tgk ape yang salah..bile aku da tgk aku hanye mampu tersenyum..soalannya:- sila padanankan benda dengan penjodoh bilangan..
cincin-sebentuk
pensil-sebatang
bunga-seikat
seikat?hahahha latas terus aku tanya kepada dier.."faris...kenape seikat?"dier berfikir sejenak untuk menjawab pertanyaan aku..hurmmm..mungkin dier sendiri muskil kenapa soalan yang dier jawab itu salah..
berkerut-kerut dahinya mencari jawapan..dan akhirnyer dia bersuara "mana adik tau,bunga tue adik slalo0 tgk dier ikat jek!" selepas mendengar jawapan dier,pemanduan moto ku juga tidak berape baik...mana tidaknya,sepanjang perjalan dari sekolah ke rumah..aku ketawa x sudah-sudah....sampai dier tarik muka..
Mmg budak nie lemah bahasa melayu nie...adik,kakak nie pesan dari cik ika....jgn lupa bahasa ibunda kita...belajar bahasa lain bagus,tapi jgn sesekali lupakan bahasa melayu.Jgn sekali kita lupa dimana tanah yang mula2 kita pijak....

April 28, 2010

rakaman KATA KAU


rancangan kata kau..msti tgk sbb aku ada dalam nie......hahahahha...tapi bukan tue yang aku nak cite yang aku nak cite..... nie pasal artis malaysia kite.....selame nie aku penah la tgk dorang bekerja tapi x amik pot sgt...since ana ada ngan aku n sume orang yang datang p0wn sporting2 rase mcm best lak...hahhahaha
lagi p0wn ada dua sho0t smalam tapi yang sec0nd sho0t kit0wang da penat da...tapi artis2 kite nie tgk kit0wang sume da lembik, pandai dorang cheer kan kit0wang...btw thanks la kpd para2 artis yang buat kitowang wujud kat studi0 tue..zizan mmg besh setiap pekataan yang kuar dr mulut dier buat aku ketawa sampai sakit perut...trade mark kump p0wn tahap gaban...terkertim-tim...hahahhha...da mcm gr0up anak jin da ..hahahhaa
bagus la lu zizan wa salute lu giler la..mmg raja la ko.. xlupe gak la kat artis yang len sbb dorang p0wn bagus la x s0mbong..tue yang kite nak...sheera style la rilek je dress up dier...aku ske...marsha p0wn best...sume ar besh! pelakon hotel mania p0wn ada turut serta...program nie p0wn bole tahan lawaknyer...jadi tgk la kalu rase nak tk...kate siape????KATA KAU..best la wei....

April 25, 2010

Saat Bersama

hahahhaha...korang tengok lah mcm-mcm ragam family aku nie...hahahhahaha
muke sume x mandi lagi...hhahahaha
korang tau kenape x mandi pagi lagi? sbb kitorang betol2 nak menikmati keindahan pagi kat jeti sabak bernam nie...... hahahahha
ada yang jumpe buaye la...ada yang nampak beruk terbang la...ada gak yang cube nak baring tengah jalan...hahhahahahahaha
kalu nak cerita pasal family besar aku nie....aku ada bepuluh-puluh sepupu dan berbelas-pakcik n makcik
mmg kit0wang nie giler-giler skit...bukan sepupu2 aku je
ngan mak n ayah skali same sekepale....ada skali tue kit0wang wat kenduri ingatkan jiran-jiran yang datang rupenyer sume family aku jek...wakakakaka kelaka gler!!!!
bile da jumpe ramai-ramai mule la masing2nyer perangai...ada yang jadik tok dalang,ada yang jadik bomoh,ada yang jadik tok karut,jadik mak andam,jadik tok moh,jadik CAMERA MAN....ha jadik camera man adalah watak yang paling penting skali....buat mase nie family aku ada seorang camera man tetap dan seorang lagi pelapis....kenape watak dorang penting sbb ape-ape cerita sume dorang akan abadikan dulu dalam camera dorang.......... pas2 barula tok karut akan buat cite............ bile balik dari jeti sume akan penat dan kat situlah tok moh main peranan..........dier jadik tukang urut pas2 cakap yang bukan2.............hahahahha
fungsi mak andam x banyak tapi mak andam ramai ...peranan mak andam iala bile jam da pukul 12 tgh hari dimana kenduri da nak start,maka ramai la anak2 betuka peranan jadik mak andam memake up bonda-bonda mereka.........dan akhir skali peranan tok dalang adalah dier akan membangkang ape kitorang akan wat nnt!!! hahahahahha....sape yang bukan family aku mst susah nak paham situasi nie...tapi kalu korang hayati betul2 korang akna paham kenape hidup aku x penah rase sunyi....

senyumannye yang manis

senyumannye membunuh segala problem yang aku ada.....
nie anak buah aku name dier jijah...erk...name panjang dier aku x ingat...hahahha
name panjang sgt...hhahahaha
budak jijah nie mmg susah nak senyum.....
tapi bile dier da senyum...semua orang yang ada problem boleh hilang masalah bile tgk dier nie senyum.....aku sgt suke tgk orang senyum...sbb bile senyum seseorang tue bawak value dier yang tersendiri........ so,sape yang ada problem tgk la gamba nie...hahahha

hari-hari itu harus di isi dengan keindahan

aku terfikir lagi......
adakah hari ini akan menjadi seindah esok...
dan esok boleh ku jadikan seindah hari ini.....
masalah akan datang bila-bila dan dimana sahaja kita berada
walaupun kadang kala kita tidak bersedia untuk melawannya.....
tapi kita kena sentiasa ingat bahawa senyuman,ketawa,kegembiraan
adalah pembunuh kepada masalah dan kesedihan..
jadikan lah setiap detik yang kita lalui dengan keindahan supaya ia lebih manis bila di kenang
aku? aku manusia biasa.....
yang kadang kala didatangi masalah yang akan mengganggu emosi
tapi kesedihan dan kesakitan itu akan aku tutupi dengan senyuman
pembantu aku untuk melupakan semuanya...
kawan,keluarga,dan semua orang yang berada sekeliling ku jadikan aset untuk aku lupakan semua problema...
berpesanlah kepada diri kita ...
hidup kita tidak pernah bersendiri..pasti ada teman
cuma pilihan kita yang membezakan
dan sentiasa beringatlah bahawa bukan hanya kita yang punya masalah...
jadi lupakanlah masalah mu itu dan indahkan diri anda dengan senyuman...

March 31, 2010

biler sedare jumpe jeti!

bile dalam kepale kita da ada mind set yang kat jeti nie ada buaya...
hanyer dengan satu pekataan sume bole jadi reality....
"buaye"...make berjalanlah...semua saudara-saudaraku ke hujung jeti untuk
mengetahui cerita selanjutnyer......
"ha'ah la"...bermule lah sebuah kisah...
sok sek sok sek sok sek......da lame tunggu nak dekat setengah jam p0wn...
akhirnyer sume balik sebab buaye tue x timbul2.
.tapi nak dijadikan jawapan....
bapak aku si kaki pancing p0wn pancingla ika...
bile kit0rang sume da angkat kaki dari jeti tue....
lame2 air yang dalam tadi jadi cetek....bapak aku p0wn balik la ke res0rt nak bagi ikan yang dier pancing lakononnyer...skali dier kate "tadi tue mmg buaye....buaye KAYU" sape la yang memandai2 buat cite kate nampak buaye......mak aku rupenyer...hahhahaha


March 10, 2010

hist0ry




Bile saudara sume da jumpe...mcm nie la..huish happy gler kit0wang g blaja hist0ry sesame...ha nie la masenye kita kene melawat dan kenal bumi kita sendiri....ape ape p0wn..kami enj0y jalan-jalan time nie.....










indah nya hidup aku ditemani dengan kenangan dan detik2 indah

March 8, 2010

Nasibnya tidak sebaik aku

kadang-kadang orang selalu berkata
"tue la dulu x nak belaja,malas...skarang baru kau tahu"
usahlah kita menghina orang dari luarannya..
orang berkata lagi
"jgn la kawan dengan orang yang tidak ada masa depan"
kita sering lupa nasib manusia tidak semuanya sama...
kita tidak mengerti kehidupan mereka..
mungkin ada kesulitan yang tidak boleh diceritakan...
mendapat sesuap nasik juga susah..ditambah dengan hambatan,caci-maki manusia...
mereka tidak punya maruahkah?,
sehingga kalian sering menghinanya di khalayak ramai!
ada juga yang sering berkata
"jgn la engkau kasihan sangat pada mereka,minta sedekah tapi tidak mahu kerja"
fahamilah manusia nasib kita tidak sama..
Allah memberikan kita sedikit kesenangan untuk dik0ngsi dgn mereka yang memerlukan...
apakah salahnya sedikit kemewahan itu diberikan pada mereka yang tidak mampu..
jgnlah kita lupa untuk membantu mereka..jika bukan kita sebagai manusia..siapakah lagi akan membelanya......

Related Posts with Thumbnails