May 17, 2012

BF atau kawan baik?


Dia yang salah atau aku yang terlebih emosi?  Jujur aku sedang mengalami komplikasi yang agak teruk dengan rakan baik ku sendiri gara-gara kerana dia dapat boyfriend baru. Dan aku juga turut bersedih melihat keadaan dia yang serba salah yang terpaksa memilih antara sahabat karib atau teman barunya.



Maafkan ku wahai sahabat kerana membuat hidup kamu bercelaru, apa yang harus aku lakukan jelas hidup aku lebih sunyi kerana selama ini hari aku penuh dengan kehadiran kau. Mungkin kau fikir aku punya ana ,kak nor, are2 and iqa nuar, wanidan mereka yang lain. Tapi pernahkah kau terfikir yang mereka juga mungkin terasa dengan perbuatan aku yang kadang2 melebihkan kau dari mereka. Aku sayang kita semua tapi situasi kau sering membuatkan aku melebihkan kau.



Mungkin aku yang bersalah kerana tidak untuk memahami kau, tetapi adilkah untuk aku yang selama ini menghabiskan masa bersama dengan kau dan kini kau hilang secara tiba-tiba
Apa yang aku patut lakukan? Aku hanya insan biasa yang bergantung pada keluarga dan kemudian sahabat untuk menjalani kehidupan aku seharian dan bukannya BF

Jadi adilkah untuk aku memahami keadaan kau seorang?


Benar, seorang rakan yang baik akan memahami situasi sahabatnya. Maaf, mungkin aku bukan sahabat yang baik. Aku sayang memori kita bersama. Ikatan persahabatan kita cukup indah untuk dibuangkan.

Mungkin ini balasan Allah kepada aku kerana tidak adil kepada raka-rakannya. ALLAH maha Adil membalas setiap perbuatan setimpal dengannya.

jadi

Izinkan aku berdiam diri. Aku perlukan masa, Masa untuk aku menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Supaya tangan aku kurang untuk menekan nombor kau, perasaan ku yang sudah terbiasa mengajak kau berjalan-jalan bila waktu lapang,
Berikan aku aku masa…



Related Posts with Thumbnails