Selamat Hari Raya 2011 dan Selamat Menyambut Merdeka |
Assalamualikum...sebulan kita berpuasa Alhamdullilah akhirnya kita telah sampai ke hari kemenangan.. Hari kemenangan kita di sambut dengan penuh meriah disamping orang yang tersayang. Tetapi jangan lah pula kita lupa kepada mereka yang menyambut Raya dengan penuh kekurangan. Terutama saudara seislam kita yang sedang berhempas pulas menyabung nyawa didalam peperangan. Ada juga diantara saudara kita yang menyambut Raya dengan penuh kesabaran, dimana mereka mendapat bekalan makanan yang sangat kekurangan.
Maka dengan itu sentiasalah kita beringat bahawa kita sentiasa dalam keadaan yang lebih baik berbanding saudara-saudara kita yang lain. Sesuatu yang harus kita ingat iaitu bersyukurlah dengan setiap apa yang kita ada, kerana kekurangan yang kita tiada mahunya mungkin lebih bermakna buat mereka.
Dikesempatan ini, Saya ingin menyusun sepuluh jari ampun maaf kepada sesiapa yang telah mungkin terkecil hati dengan tindakakan, perilaku dan kata-kata saya yang mungkin kurang menyenangkan hati sesetengah pihak.
Selain itu juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang telah berjaya mengharungi dugaan sebulan berpuasa. Terutamanya kepada anak saudara saya Muhammad Faris Azri yang telah berjaya menghadapi dugaannya. Dari hari ke hari dia ingin berbuka puasa atas alasan letih dan bermacam lagi, akan tetapi setelah mengingatkan mereka yang sedang dalam kesusahan tetapi masih berpuasa serta ganjaran yang akan diterimanya nanti...Alhamdulillah dia berjaya hingga ke hari kemenangan kita semua. Sekian, Itu saja coretan saya untuk kali ini. Sampai ketemu lagi...wassalam