July 31, 2011

|Belakang Camera|

Hohoho mcm teka-teki je tajuk dia kan? tapi hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya berkerjasama dengan TEMPEH CHRONICLES di studio mereka bg merakamkan gambar raya. first impression masuk studio dorang..ya begitu mengujakan, nampak kemas teratur, ada gaya modern exclusive gitu. so, bila dah kata pergi photoshoot patutnya tak yah la bercerita panjang, marilah lihat hasilnya.hehhee




ketika baru sampai 
&
Sesi Photoshoot Bermula











amacam cantek tak gamba?dan setelah ditambah beberapa words maka jadilah ini



Gamba yang mereka ambil memang terbaik...ada banyak lagi gambar-gambar terbaik dari Tempeh Chronicles ni. tapi belum dapat lagi dari mereka. Mungkin akan diupload lagi pada masa yang akan datang.

Kalau anda bertanya tentang tahap kepuasan hati saya terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak mereka...jika ada 10 bintang saya akan bagi 11 bintang! memang teerrbaik! 

kalau ada orang bertanya kepada saya apa yang buat saya sangat berpuas hati?
saya akan jawab : 
1. Quality yang mereka berikan
2. Komunikasi mereka dengan saya 
3. Bayaran yang berbaloi

tapi dalam banyak-banyak alasan quality gambar adalah yang paling. Quality bermaksud apabila gambar yang saya pegang di tangan lebih cantik daripada apa yang saya lihat di komputer. Dalam erti kata lain saya terlalu asyik untuk melihat gambar-gambar didalam album, memang terbaik! dan kepuasan itu datang apabila saya pegang hasil yang berkualiti...


July 29, 2011

awesome family day!



Family gathering Hjh Che Bee telah diadakan di Duta Village Beserah,Kuantan pahang. Alhamdulillah semua yang dijalan berjalan dengan lancar, saya dan amalina (cousin) telah menyusun program agar berjalan dengan lancar dan dapat memenuhi kepuasan hati mana-mana pihak. Tak sangka semua yang hadir begitu enjoy skali dan sorry if ada yang tak dapat nak diberi keselesaan yang sepenuhnya kepada mereka...

Hari pertama sampai di Kuantan pahang kami sekeluarga menghabiskan masa bersama dengan terjun dalam kolam dan bermain-main sambil menikmati keindahan alam.

Dah penat kami berehat dan pada malamnya keluarga dan saya berjalan ke pekan kuantan sambil membeli belah dan beberjalan-jalan dikawasan sekitar...



Maka dengan itu saya sediakan beberapa video untuk tatapan semua agar boleh dikongsi perasaan kegembiraan family saya. Selain dari itu boleh la juga kita sama-sama kekalkan tradisi ini.Bukan sahaja untuk bersuka ria tetapi untuk mengeratkan hubungan sesamam keluarga. Jgn biarkan jarak antara keluarga menjadikan kita lebih janggal dan makin lama kita makin janggal untuk berkomunikasi dengan sanak saudara.
Begitulah perasaan mereka! lol!
in this video : Amalina ,cik mai, ain.
thanks to all involved
 sukaneka berjalan dengan penuh haru biru

akhir kate, yang baik datang dari ALLAH dan yang kurang datang dari saya. Semoga family day akan datang akan lebih meriah dan lebih berseri. sekian.
Related Posts with Thumbnails