December 19, 2010

Hilangnya Gula Dalam Teh

               
                           kenapa tajuknye macam serius je kan...aku nak kongsi ape yang aku alami hari ini...kakak aku telah hilang seorang rakan seperjuangannya semasa di uitm, semua nampak tabah. kakak aku nampak teguh namun hatinya aku tahu ia terguris juga. walaupun aku tidak berape mengenali Allahyarham,tapi aku tahu betapa dia rapat dan ikhlas dengan sahabat handainya...

                       Tepat jam 6 petang aku dan aku sampai di hospital serdang dan kelihatan ramai sahabat handai yang setia menanti dihadapan wad kecemasan. Jelas sekali pemergiannya telah dikatahui,cuma ibunya yang belum sampai dari kelantan. kakak aku asyik bersama rakan-rakannya bertanyakan perkara yang telah terjadi kepada Allahyarham. 

                        aku? aku pula sedang memerhati sekekeling ape yang sedang terjadi. Aku ternampak seorang lelaki yang sedang duduk dan ramai yang mengelilinginya. Aku makin tertarik apa yang berlaku disitu, lalu aku terus memerhatikan dia. Jelas penantianku tak sia-sia. akhirnya lelaki tadi menoleh dan aku dengar namanya disebut dari bibir kakakku "kesian Bob". ketahuilah aku bahawa namanya dipanggil Bob. Apabila dia menoleh aku terlihat matanya yang merah jelas menyatakan kesedihan akan kehilangan sahabatnya.  Sungguh aku pilu melihat kejadian itu. Hilangnya gula dalam teh, itulah perumpamaan yang aku berikan. Hari-hari yang dirasakan indah bersama sahabat kini menjadi kelat. Tanpa gula hilanglah manisnya.

                                Setelah mendengar cerita dari rakan-rakan kakakku, Allahyarham dilanggar lari. kejamnya manusia! setelah melanggarnya kau biarkan dia disitu. Allahyarham bukan dilangar sebiji kereta malah dua biji kereta telah melanggarnya. Semoga orang yang melakukan kesalahan itu ditangkap dan dihukum selayaknya..nasib baik ada insan yang menjadi saksi kini mempertahankan hak Allahyarham. Ambillah iktibar dari cerita ini, bertangungjawablah atas apa yang kita lakukan. Jgn biarkan seseorang teraniaya kerana kesalahan kita.

                                          Dan sekarang aku merindui sahabat handaiku,rakan seperjuanganku,kenalanku dan keluargaku. Hargailah selagi kita mampu, hidup ini singkat. Sesingkat pertemuan Bob dengan Allahyarham hari ini, bertegur sapa dipagi hari dan di tengah hari dikhabarkan dia telah pergi. Dengarlah semua kenalan ku, hilangnya salah seorang dari kamu semua telah membuatkan hidupku tak cukup. Kerana tanpa kamu semua aku tak mungkin akan mendapatkan segala kenangan manis yang boleh aku ceritakan hingga ke hari ini.


                                  

                           

Related Posts with Thumbnails